Kekadang kita menyangka kita bagus,tetapi jika kita melihat diri sendiri dari kacamata insan lain nescahaya berdetiklah di dalam hati nurani kita. "Aku Kah Itu"?????
Monday, May 22, 2006
Kadang-kadang kehidupan ini sadis. Entahlah...., mungkin aku kena belajar mengawal mulut aku yang kadang-kadang agak laser ini. Mungkin aku akan kena belajar sabar banyak-banyak selepas ni. Istighfar banyak-banyak dan banyakkan selawat dan zikir. Alhamdulillah aku dah bernikah dengan Sabrina selama sebulan lebih. Dan kebahagiaan telah pun aku kecapi.
Bila berkahwin ni pasangan kita ibarat cermin. Perkara-perkara yang berlaku tanpa kita sedari akan disedari oleh pasangan kita...., itu pun kalau dia prihatin laa kan :p Dan rupa-rupanya banyak perkara negatif yang selama ini aku dah buat tanpa aku sedari. Dan perkara negatif yang paling serius dalam hidup aku ini ialah bermulut lancang. Errrrr bukan selalu tapi bila kadang-kadang tu mencapai tahap kelancangan melampau. Ishhhyyyy......, perlu ke aku masuk kursus motivasi macam Asia Works tu. Hanya untuk melihat diri kita sendiri. Rasa macam memang berminat tapi mahal gak. Untuk kursus 4 hari yuran sebanyak RM1700/=!!! Alamak...., kalau masuk gak alamatnya aku laki bini kena makan megi je laa. Tergamak ke aku membiarkan Sabrina makan megi je??? Kuikuikui.... aku pun tak sanggup makan megi selama sebulan.
Buat masa sekarang nih memang aku slow gila dalam aktiviti Geng Jurnal nih. Keje semakin banyak beb. Manager aku kata semua keje nih sebenarnya senang cuma kena rajin je. Mungkin betul kata dia. Aku kena lebih fokus terhadap kerjaya aku nih. Insya-Allah aku akan berusaha kuat agar keje aku yang tertunggak hanya mencapai 60 hari. Satu sasaran yang bukannya senang tapi tidak mustahil. Keep it up dude!!!
Apdet blog ni pon aku rasa dah sengal-sengal sekarang nih. Terlalu memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan keje je. Stressss tu ada gak tapi alhamdulillah aku ada manager yang boleh di bawa berbincang. Cayalah bosss....., gua memang sokong pasal management memberikan lu bonus sebanyak 3 bulan + 1 bulan gaji = RM12K!!! Memang murah rezeki lu..., errrr takde ke niat-niat nak belanja staff lu ni cornetto drumstick ke? Sarapan pagi kat Kak Midah ke? Atau belanja lunch kat bawah pokok ke? Anyway congratulation yang dapat aku ucapkan. Ini bermakna BIG BOSS percayakan lu cun-cun uptown nyer....
Aku rasa kalau aku dapat bonus (tak kan lu sorang je kan???) rasanyer macam nak tukar enjin kete. Sekarang guna 4g13p nak tukar kepada 4g91 kalau ada rezeki lebih. 4g91 ialah enjin Mitsubishi 1.5 twin cam injection. Waaa ada sikit ringan laa Wira sedan aku lepas nih.
Thursday, March 23, 2006

Watchaaaaaaaaa........
Semalam aku bawak Sabrina dengan adik aku ke Jaya Jusco Taman Maluri. Kasut Sabrina dah uzur laa pulak so kena laa beli kasut baru. Beli kat Vincci je. Sebelum tu sempat dinner kat McDonalds Ampark Park tajaan Sabrina. Aku makan Big Mac dan Sabrina lak Fillet O` Fish. Semalam aku asyik buat lawak sampai tunang aku tu terpaksa menekup muka kat lengan. Kuikuikui.... saja praktis untuk bergurau senda bila dah kawen nanti. Oh ye...., antara perkara pertama yang aku nak buat selepas berkawen nanti ialah menonton wayang tengah malam @ midnight movie. Nak gak rasa balik pukul 2-3 pagi :p
Saudara mara aku banyak yang terkejut bila aku hantar kad jemputan kawen. Kebanyakkannya berasa gembira dengan berita ini. Bukan terkejut apa, masa aku bertunang dulu pun memang aku tak Jom Heboh kat semua. Lagi pun hanya majlis ringkas je masa tu. Tapi bila tiba bab bersanding kena laa jemput. Boleh gak merapatkan sillaturrahim antara keluarga. Maklumlah, aku pun dah lama tak menziarahi sanak saudara aku. Memang kalau hujung minggu aku lebih suka duduk rumah je. Dah sepanjang minggu bekerja so kena laa rehat atau dating dengan Sabrina ke. Baru laa jiwa akan mantap untuk menghadapi beban kerja di pejabat.
Insya-Allah selepas berkawen nanti aku akan menyusun kembali pengurusan kewangan aku untuk memastikan ianya mencukupi untuk kami suami isteri. Tanggungjawab aku akan bertambah tapi kami akan kongsi bersama-sama. Seronok pasal masalah yang datang akan di fikirkan bersama. Takde laa macam sebelum nih kena fikir sorang-sorang sampai migrain.
Tetiba aku rasa sebak kerana ada juga yang sayangkan aku akhirnya. Walhal hati aku pernah terdetik yang aku akan bujang sampai mati. Tak akan berpeluang mempunyai keluarga namun Dia sesungguhnya Maha Mengetahui. Terima kasih Ya Allah...........
Wednesday, March 22, 2006
Oh Yeahhh!!!!!!!!!!!!

Lirik Lagu "Iris" - Awie
Kau masih ku cintai, sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku
Kau masih Dewi hatiku, sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu
(Korus)
Cinta ku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku
(Ulang korus)
Kau masih ku cintai, sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinya pasti
Engkau milik ku
Monday, March 13, 2006

Masa dah tak sampai sebulan lagi untuk aku diijabkabulkan dengan Sabrina. Alhamdulillah segala ujian yang mendatang telah kami hadapi dengan muafakat dan perbincangan. Terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya. Malam 02/04/2006 nanti kita tido satu bilik k :p Muahahaahhahh.... (gelak jahat nih....)

Lawanyer kete adik aku. Saja ambil gambar nih dalam bentuk negatif. Tahniah liza..., semoga liza terus berjaya dalam hidup. Dah sebulan dah pun adik aku beli kete nih. Ok laa geng aku nak tido lagi nih :p Wassalam....
Saturday, March 11, 2006

Kita sama2 sedih :-(
Dulu aku dah nasihatkan kau supaya berubah sikap.
Aku dah curahkan segala taktik dan teknik supaya kau berdaya saing.
Hingga aku naik menyampah kepada diri aku sendiri pasal bertindak hipokrit.
Hari ini kau datang, kita minum bersama dengan kawan-kawan yang lain di kedai mamak.
Aku masih disini dan kau dah beralih ke tempat lain.
Alhamdulillah kita masih mampu bertegur-sapa.... walau pun tak macam dahulu...
Aku sedih dan hiba..., melihatkan kau yang terus `struggle` untuk mencari rezeki.
Aku tau itu semua demi masa depan anak-anak kau di kampung.
Aku hanya dapat berharap agak kita melupakan peristiwa lama.
Doaku agar segala apa yang kau usahakan akan menjadi....
Terima kasih kerana sudi menerima kad jemputan perkahwinan aku.
Harap dapat kiranya kau menghadirkan diri bersama keluarga.
Kerana memori silam masih segar di ingatan...
Terima kasih kerana belanja aku indomie dan air soya....
Sesungguhnya duit sahabat itu amat berharga untuk aku jamah.
Dan aku terasa manis dan lemaknya makanan pagi tadi...
Izinkan doaku mengiringi langkahmu wahai sahabat.
Kerana aku sayangkan kawan-kawan aku.
Dan maafkan aku kerana kurang ajar kepada kau.
Tapi bukan salah aku semuanya....
Wassalam......
Saturday, February 11, 2006
Air Aku Air Kau :p
Wednesday, December 28, 2005
Tuesday, October 25, 2005
PUASA YANG BERMAKNA
Friday, September 16, 2005
AKU DAN PROTON AKU
Minggu lepas kawan sepejabat aku ingin menjual kereta proton wira 1.3 aeroback injection model tahun 2001. Kawan aku ni mengidam nak membeli proton waja dan bercadang untuk `let go` kereta wiranya kepada kawan-kawan. Tawarannya menarik di mana kereta proton wira 1.3 sedan model tahun 1995 aku (beli pada 2002) akan di beli oleh penjual kereta terpakai dengan RM18k (hutang bank RM17k++) di mana kawan opis aku nih beli waja dia so kira hutang aku akan terlupus dengan sendirinya. Kawan aku offer kereta dia kepada aku RM24,500/= dan loan boleh up sampai RM27,000/= so kira aku ada cash masa ambil kereta dia tu. So aku mengaku memang tertarik dan teruja. Namun setelah bertanyakan pendapat kawan-kawan satu pejabat dan pendapat aku sendiri. Ada pro dan kontra aku memutuskan untuk tidak membeli kerete nih.
Kereta yang tengah aku gunakan nih aku beli masa bekerja kat opis aku yang sekarang nih. Then merupakan kereta pertama yang aku beli dengan duit aku dan di tambah dengan duit mak aku (thanks mak) dan let go kereta Mitsubishi lancer. Walaupun kereta terpakai tapi bagi aku ianya memenuhi keperluan bajet aku. Ansuran bulanan kereta nih ialah RM477/= selama 6 tahun. Bulan 9 nih kalau aku bayar genap 3 tahun dan still tinggal 3 tahun nak habis. Walaupun condition kereta nih tak beberapa sempurna seperti cat menggelembung, pintu sebelah pemandu kemek sikit (kena langgar dengan motor kat Jalan Semarak) dan lampu brek belakang sebelah kiri pecah tapi kereta nih dah bawak aku sehingga ke Johor Bahru, Pasir Gudang, Seremban, Melaka, Pulau Pinang dan Kuantan. Tak pernah buat hal masa jalan jauh. Kalau nak meragam pun kat area rumah atau opis. Aku repair kereta nih sikit-sikit sekadar yang termampu. Bulan nih aku bajet nak tukar complete set lower arm bush kat belakang dan kosnyer sekitar RM400. Then nak servis auto choke kete aku dan kosnyer lebih kurang RM30. Aku sasarkan bulan nih RM500 untuk kerja-kerja membaiki kerete wira aku nih. General Overhaul aku dah buat tahun 2003. Baru-baru nih aku tukar complete set belting sekali dengan servis. So dengan apa yang aku dah buat aku rasa sayang nak lepaskan kereta nih. Dan yang paling penting lagi ialah hutang aku akan habis insya-allah pada bulan September 2008. So kenapa aku nak tanggung hutang sampai 2012? Aku kalau boleh nak less kan hutang secepat mungkin pasal nak kahwin tahun depan. So bulan oktober 2008 aku dah ada extra RM477 sebulan. Macam-macam aku boleh beli seperti susu dan lampin anak ke (kalau aku dah ada anak laa kan).
Bukan aku xmo ambik kete kawan aku tu. Terus-terang aku nyatakan kerete tu dijaga dengan teramat baik oleh kawan aku tu. Minyak hitam bila sampai 4,800km je akan ditukar sekaligus dengan penapis udara dan plug. 3-4 bulan sekali dia akan buat balancing dan alignment. Setahun sekali servis throttle body. Pakai rim 15 inci dan straight pipe ekzos. Kaler masih cun dengan kaler blue black. Cuci kereta 4 kali seminggu. Memang beruntung sape yang dapat kerete tu. Mesti puas hati. Aku turut kagum dengan kawan aku tu. Memang cermat pasal bab kereta nih. Dia offer kat kawan-kawan pun pasal sayang nak lepaskan kerete tu. Kalau kawan-kawan yang beli at least dia still boleh tengok kete tu lagi.
Tengok laa kalau ada rezeki terpijak macam kena loteri ke (errr aku tak pernah main loteri) bonus 3-4 bulan atau rezeki-rezeki yang sewaktu dengannya aku mengidam nak pakai kerete baru. Kalau boleh nak beli jenama lain macam Honda, Toyota, Hyundai, Kia atau Nissan ke. Ermm itu harapan aku je. Tak tau laa boleh dapat ke tak. Yang penting kena bersyukur. Aku sayangkan kereta aku yang sekarang nih. Walaupun kadang-kadang segan dan cemburu (sikit je tau) dengan owner kereta baru tapi aku still hepi pasal ada kerete sendiri. Biarpun ianya tak sehebat orang lain tapi sampai sekarang still enjoy bila drive kereta sendiri walaupun kurang selesa. Memang banyak duit aku habis untuk repair kereta nih tapi entahlah…. Rasa berat nak tukar kereta. Bukan aku tak pernah menyumpah kerete aku bila dia buat hal tapi rasa insaf lak…
P/s : Errr lagi pun aku jumpa dengan tunang aku pakai kereta nih. Sentimental value beb…
Wednesday, August 17, 2005
Tapi dalam cerita suka ada lak cerita duka. Dua orang kawan aku akan di tukarkan ke mechanical & meter division. Dan kerja diorang tu akan di tanggung oleh aku dan seorang staff baru. Alamak… balik malam laa jawabnya…. Apa nak buat, carry on bebehh… Layan je selagi boleh. Bila dah jadi macam nih kalau dapat vacation ke Langkawi pun kira okeh apa…Kena lak Sabrina temankan… opsssss!!! Ahaksss kena laa aku kawen dengan tunang aku tu secepat mungkin. Bahagianya…..
Well well well… kenalah aku minum kopi tongkat ali campur ginseng untuk tambah boost tenaga aku yang kian lama semakin lemah aku rasakan. Then kena jaga pemakanan aku yang nampaknya memang tak teratur. Semakin sibuk laa nampaknya aku nih yang memang selama ini sibuk tahap dewa. Alahai… tahun nih ada bonus ke tak eh? Nak kata bisnes kureng aku rasa macam bertambah mantap je kompeni boss aku nih. Tapi senyap je……. Ada apa-apa ke tu? Mintak-mintak laa boss aku mamai masa sign bonus kita. Dapat 6 bulan gaji tu kira ok kan :D (harus aku pengsan ekekekekkkk…)
Sambil-sambil aku apdet blog nih terasa rindu dengan tunang kesayangan. Oh Sabrina… abang miz u so much… Ehhhh… teromentika d`amore laa pulak aku nih :p aiseyyy lantak laa. Yang nyata aku memang sayangkan dia.
Jumaat lepas aku pergi ke Loji Air Sungai Sireh yang terletak di Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Setakat ni loji yang pernah aku pergi loji sg sireh ni laa. Lagi sikit nak ke Sabak Bernam. Masa menuju ke loji ni aku melalui kawasan penanaman padi yang luas terbentang. Percaya tak korang kalau aku cakap air mentah yang dirawat di loji ini berwarna hitam ala nescaffe O? Selalu yang bermain di minda ialah air mentah yang berwarna tanah ala lumpur. Punca air mentah di sini berwarna hitam ialah kerana tanah yang terdapat di kawasan ini ialah jenis tanah gambut. Ala…. tanah yang kaler hitam tu tanah gambut laa. Kira tugas kakitangan loji ini boleh di kira tough jugak laa pasal setiap isipadu air yang dirawat perlulah menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan Standard Piawaian Malaysia ( MS ) untuk menjamin keselamatan para pengguna. Air yang digunakan untuk memasak dan sebagai minuman haruslah tidak mendatangkan sebarang masalah kesihatan untuk tempoh penggunaan jangka panjang. Korang bayangkanlah dari kecik sampai laa kita besar panjang ( auwww…) kita menggunakan air paip tu. Alhamdulilah masih hidup sampai sekarang.
Sekian, terima kasih…
P/S : I LOVE YOU SO MUCH SABRINA ……
Friday, July 22, 2005
Tuesday, July 05, 2005
Monday, June 20, 2005
Assalamualaikum w.b.t
Thursday, June 16, 2005
Rasa amat gembira kerana besok dah jumaat.dan lusanya ialah hari sabtu, di mana aku akan bertunang dengan Sabrina. Betapa berdebarnya perasaan aku ni. Aku bakal menjadi tunangan orang!!! Menandakan komitmen kasih sayang di antara kami berdua. Terima kasih sayangku, abang akan membahagiakanmu sedaya mungkin Insya-Allah. Hati ini telah pun terpaut semenjak kali pertama kita berhubungan. Kasih sayang abang untuk manje adalah ikhlas.
Mak aku sakit balik, semalam aku pergi ke Perak dalam usaha mengubati penyakit mak aku nih. Aku pelik betul di dalam zaman yang canggih-manggih nih masih ada orang kita yang masih tak canggih. Menggunakan ilmu hitam dan sihir untuk melahirkan perasaan tidak puas hati mereka. Biarlah…, selagi aku mampu bertahan aku akan mampu bertahan. Allah bersama mereka yang teraniaya. Setakat ni inilah lokasi yang terjauh pernah aku datang di dalam usaha menyembuhkan mak aku. Aku tak kisah asalkan mak aku sembuh seperti sediakala. Terima kasih kepada Uncle Kelly yang tak pernah jemu mengambil berat akan nasib kakaknya (mak aku). Tuhan je laa yang dapat membalas budi baik uncle tu.
Anyway kepada kawan-kawan jemputlah ke 120, Blok 6, Rumah Pangsa Sri Labuan pada jam 5.00 petang. Aku dan Sabrina amat mengalu-alukan kehadiran kalian semua. Kalau dah sampai mana-mana telefon laa aku. Boleh aku standby kat majlis tu nanti sambut korang manalah tau kalian malu-malu kucing lak.
P/s: Sayang.., terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya. MUAHHHH!!!!!
Saturday, June 11, 2005
FINAL COUNTDOWN
P/S : Abang menantikan detik itu sayang :p
Saturday, May 28, 2005
Tuesday, May 17, 2005
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman
Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra
Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba
Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan
Monday, May 09, 2005
@ Sharul dan Juju yang baru saja bernikah pada 07/05/2005. Kalau buat upacara pecah tanah tu pelan-pelan sikit ye bang, maklumlah tanah lembut :p
